Wednesday, 11 September 2013

Lawak Sempena Harga Petrol Naik

Assalamualaikum wbt...

Di bawah ni Ida paparkan  tiga kisah kelakar tentang kenaikan harga petrol yang Ida kumpulkan. Sumber asal ketiga2 kisah ni tidak diketahui, Ida hanya terima melalui group whatsApp... just sharing and caring ;)



Kisah 1 - Sanggup dia conteng keta sendiri kerana marah punya pasal... Ida hanya mampu geleng kepala... 

Lawak Sempena Harga Petrol Naik


Kisah 2 - Pakcik... pakcik.... hahahaha

Lawak Sempena Harga Petrol Naik


Kisah 3 - Kisah Goreng Pisang


Satu hari seorang macai singgah ke sebuah warung menjual goreng pisang. 

Macai: Makcik bungkuskan goreng pisang RM2 

Makcik yang jual goreng pisang tu pun bungkuslah empat ketul goreng pisang

Macai: Kenapa sikit sangat goreng pisang ni makcik? Minggu lepas saya beli dapat 8 ketul, kenapa minggu ni cuma 4 ketul je? 

Makcik: Harga pisang goreng dah naiklah nak. 

Macai: Kenapa boleh naik harga makcik? 

Makcik: Harga minyak petrol naik, terpaksalah makcik naikkan harga goreng pisang, kalau tak rugilah makcik. 

Macai tersebut hanya mendiamkan diri, lalu beredar dari situ. 

Sampai di rumah Macai tersebut terus mencampakkan goreng pisang yang dibelinya ke dalam bakul sampah. Ibunya terperanjat lalu bertanya, 

Ibu Macai: Kenapa kau buang goreng pisang tu? 

Macai: Taknaklah makan, makcik tu goreng pisang pakai minyak petrol!


Nota Kaki - Ini bukan kisah lawak tapi realiti yang sebenar. Di bandar Johor Bahru tempat Ida tinggal, ada satu2 tempat terutama di jalan Abdullah Tahir, ada warung2 kecil menjual roti canai melayu  dan nasi lemak yang kami panggil 'nasi lemak tetek' sebab bungkusan dia kecil2. Dulu harga roti canai tu 80 sen tetapi sekarang dah naik RM1.00 dan 'nasi lemak tetek' tu dulu berharga RM1.20 tetapi sekarang dah naik RM1.50. 

Ida ingin bertanya, seandainya sebulan atau dua bulan nanti, ditakdirkan harga petrol ni turun apakah harga barang2 akan turun? Jawapannya TIDAK!!! - Itulah hakikat SEBENARNYA bahawa harga barang2 keperluan seharian kita tidak pernah MENOLEH KE BELAKANG.





Comments
14 Comments

14 comments:

  1. Fenomena 20sen sekarang macam ni lah.

    ReplyDelete
  2. jangan haraplah kecuali xde customer.. huh..

    ReplyDelete
  3. ha3..yg pkcik 2 lawak =) Macai pn ada gak ye hu3..hmm btol 2..yg mgkin turun hrga pn hrga yg dikwal kerjaan..

    ReplyDelete
  4. tak jauh bedaa sama disini....

    entri baru
    AanPunyaAndroid

    ReplyDelete
  5. takpe masih ramai rakyat malaysia yang kaya raya bersyukur dengan kenaikkan harga minyak. Ketentuan Allah katanya... Minyak naik sekali effect hari2..

    ReplyDelete
  6. Kalau mengeluh kang ade yang kata tak bersyukur. Hai, Malaysiaku.. Harga barang naik, gaji ciput jugak. 20sen tu banyak oooo..Yang dah berumahtangga ni semua nak kena bajet.. hihi.. Singgah membebel kat sini plak..haha :)

    Jom join GA
    http://ummuhafiey.blogspot.com/2013/09/ummuhafiey-1st-give-away.html

    ReplyDelete
  7. boleh pulak goreng pisang pakai minyak petrol..macai oh macai ..haha

    ReplyDelete
  8. hahahaa..alahai..gara2 minyak naik 20sen je..semua ikut naik harge kan..hihi..:)

    ReplyDelete
  9. kalau harga barang naik memang tak akan turun.. selalunya macam tu la.. terpaksa hadapi juga.. :(

    ReplyDelete
  10. kak, nasi lemak tu namanya pelik laa ~~ huhu

    ReplyDelete
  11. hehe..lawak laa yg pakcik itu..kisah kedua.. :D

    ReplyDelete
  12. nasi lemak ape yang buruk bebenor namanya tu? hahaha . pakcik no 2 agak2 aaa , mana ada orang goreng pisang guna petrol ! sengal :P

    ReplyDelete
  13. semua benda pun naik harga, uli tepung roti canai pun guna minyak petrol kot..hehe

    ReplyDelete